#TanyaRoshan: Patutkah Pekerja Muda DiBeri Tugasan Yang Berat?

Mar 20, 2019 2 Minit
pekerja muda

“Patutkah pekerja-pekerja muda diberi tanggungjawab kerja yang berat lagi penting?”

“Inilah soalan yang saya kerap ditanya — kenapa saya memberi begitu banyak tanggungjawab kepada pekerja-pekerja muda di Leaderonomics.

Jawapan saya simpel sekali: jika matlamat kita adalah untuk melahirkan generasi pemimpin buat masa hadapan, mereka patut diberi peluang untuk belajar dengan memimpin secepat mungkin.

Kalangan pula mempertikaikan hujah saya. Kata mereka, “Tetapi mereka terlalu muda — macam mana boleh mereka menggalas tanggungjawab dan menjalankan tugasan penting sedemikian tanpa pengalaman?”

Respons saya sering berbunyi seperti berikut: dengan menggalas tanggungjawab sebeginilah mereka akan menimba pengalaman hidup yang bernilai.

Dalam media semasa, orang muda kerap diperkata-katakan. Fokus adalah pada perkara yang mereka tidak dapat lakukan dan perkara yang patut dilakukan.

Saya pula lebih suka memberi fokus kepada kekuatan dan potensi anak-anak muda, dengan mengamanahkan mereka dengan tanggungjawab yang boleh menambah baik bidang-bidang yang perlu diperkuatkan.

Selama ini, saya cukup tertarik dengan kemahiran, kebolehan dan bakat anak-anak muda yang bekerja dengan kami, dan mereka yang membantu pelaksanaan kem-kem kami secara sukarela.

Mereka begitu berpotensi sekali dari segi kepimpinan, kerja berpasukan, kekreativan, inovasi, kebolehan menyelesaikan masalah, dan sebagainya.

Saya memang yakin bahawa jika kita memberi peluang kepada anak muda untuk menggalas sesuatu cabaran, mereka pasti akan dapat melakukannya. Sekiranya mereka kurang pasti, mereka hanya perlu bertanya dan mendapatkan bimbingan daripada rakan-rakan kerja yang lebih senior.

Di Leaderonomics, kami ada cukup banyak bukti kes kejayaan pekerja muda dalam menjalankan tugasan mereka dengan begitu berkesan dan berjaya sekali. Kalangan mereka kini menyandang jawatan-jawatan yang lebih luas bidang kuasanya. 

Semuanya boleh dilaksanakan asalkan kita berani membuka peluang itu kepada mereka.” — ROSHAN THIRAN

 

Berkaitan: Mampukah Belia Malaysia Majukan Negara?

 

Roshan Thiran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Leaderonomics, serta penulis dan penceramah kepimpinan yang berwibawa. Sekiranya anda ada soalan berkaitan dengan kecemerlangan kerjaya dan kepimpinan, anda boleh menghubungi beliau melalui roshan.thiran@leaderonomics.comFacebook dan Twitter.

 

 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Pejabat

Rahsia Kebahagiaan di Tempat Kerja

Oleh Khor Hui Min. Memandangkan kebanyakan orang dewasa yang bekerja menghabiskan sekurang-kurangnya 8 jam sehari di pejabat, tidak dapat dikatakan bahawa kebahagiaan di tempat kerja adalah yang paling penting. Jadi, apakah yang menentukan kebahagiaan di tempat kerja?

Apr 05, 2023 2 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Jadilah Pemimpin: Mengukir Sesuatu Kelainan Yang Ketara

Sesuatu kelainan yang ketara boleh diukir untuk meninggalkan impak yang besar. Tetapi, ia harus bermula dengan anda. Berikut adalah langkah-langkah yang anda boleh ikuti untuk mengukir sesuatu kelainan.

Feb 14, 2017 0 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest