Terlalu Takut Dan Risau Sehingga Mengganggu Fikiran

Dec 05, 2019 2 Minit
fikiran, risau, masa

Mengatasi Kerisauan Dan Ketakutan

Apabila kita meningkat dewasa, semakin banyak yang kita fikirkan, semakin banyak yang kita takuti, dan semakin banyak yang kita risaukan. Itulah kenyataan dunia yang sebenar, banyak persoalan yang bermain di minda kerana banyak komitmen yang harus kita tanggung sehingga membuatkan kita rasa cemas dan khuatir.

Ketakutan dan kerisauan

Banyak perkara yang membuat kita rasa takut dan risau, contohnya seperti berikut:

  1. Masa depan
  2. Pekerjaan atau kejayaan
  3. Kewangan

Kita terlalu memikirkan apa yang akan terjadi pada masa hadapan sehingga fokus kita untuk memperbetulkan diri sendiri sekarang hilang kerana terlampau memikirkan masa depan yang membuat kita rasa takut dan risau.

Apakah yang harus saya lakukan?

Mungkin ramai di antara kita, membiarkan diri dibelenggu oleh masalah dan tidak memikirkan cara untuk membetulkannya. Semakin banyak kita fikir, kita akan menjadi semakin keliru, tetapi jika kita mengambil tindakan untuk mengubahnya, semakin kita fikirkan tentang perkara tersebut, kita juga harus lebih memikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya sebelum terlambat.

Jika kita hanya memikirkan tentang masalah dan tidak mengambil tindakan terhadapnya, ia seperti sia-sia kerana masa itu emas. Jangan buang masa hanya berfikir tetapi bertindaklah. Banyak cara untuk mengatasi kerisauan dan ketakutan yang kita hadapi, contohnya:

Masa depan

  1. Belajar dari kesilapan
  2. Sentiasa membuat persiapan, perancangan
  3. Sentiasa mencari jalan untuk berubah dan bertindak
  4. Bergaul dengan rakan-rakan yang sentiasa memberi semangat

Kewangan

  1. Tiada simpanan kecemasan
  2. Tidak dapat membezakan keperluan dan kehendak
  3. Tidak tahu aliran wang yang keluar
  4. Citarasa melebihi kemampuan
  5. Sukar menolak tawaran

Pekerjaan atau kejayaan

  1. Belajar dari pengalaman
  2. Berperanan aktif
  3. Faham dengan tanggungjawab
  4. Toleransi
  5. Bina suasana kerja yang menarik

Berkaitan: 4 Cara Membina Visi Peribadi

Jangan biarkan persoalan yang negatif bermain di minda sehingga kita tidak dapat melihat kelebihan dan kekuatan yang kita miliki. Di dalam kehidupan, kita dibenarkan untuk membuat kesilapan, jangan takut untuk melakukan kesalahan kerana dari situ kita akan belajar untuk memperbaiki diri sendiri.

Berkaitan: Kenapa Yang Pandai Mudah Membuat Kesilapan

Sebagai tambahan, sentiasa belajar untuk merendahkan diri. Jangan biarkan diri kita dikuasai sikap yang sombong sehingga kita tidak dapat melihat kesalahan diri. Di dalam kehidupan, kita akan sentiasa belajar kerana itu akan membentuk peribadi kita menjadi lebih baik.

 

Untuk berhubung dengan lebih lanjut, email editor@leaderonomics.com 

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Kebolehan Diri

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

11 Kemahiran Kepimpinan untuk Dibina Pada 2024 untuk Eksekutif dan Pemimpin Baru Muncul

Oleh William Arruda. Dedahkan kemahiran penting untuk kepimpinan moden pada tahun 2024. Daripada kecerdasan emosi kepada celik digital, temui kecekapan yang mentakrifkan pemimpin yang berjaya dalam landskap kerja yang berubah. Kemahiran ini, menggabungkan kemahiran tradisional dan insaniah, membentuk asas untuk pemimpin mengharungi kerumitan, memupuk keterangkuman dan memacu inovasi dalam persekitaran dinamik hari ini.

Jan 07, 2024 3 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Manfaatkan Bakat Anda

Setiap orang mempunyai bakat istimewa yang tersendiri. Baik kita pandang ke dalam, cungkilkan dan manfaatkan bakat kita itu.

Aug 16, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest