Prinsip Bruder Untuk Mencapai Kejayaan Dalam Dunia Bisnes

Jul 15, 2019 1 Minit
prinsip, bisnes

Seperti kebanyakan orang yang optimis, saya amat cepat teruja dengan prospek sesuatu yang baik bakal berlaku. Ini adalah sifat yang hebat untuk sentiasa gembira, tetapi agak berbahaya dalam dunia bisnes.

Jika saya bergaul mesra dengan seseorang, saya cenderung menaruh kepercayaan pada mereka. Anda mungkin menyifatkan saya sebagai terlalu lurus tetapi saya tidak faham kenapa seseorang akan bercakap bohong atau membesar-besarkan keupayaan mereka.

Malangnya, seperti kebanyakan orang yang terlalu lurus, optimis yang terlalu percayakan orang lain, saya telah beberapa kali ketemu padahnya dalam urusan bisnes.

Contoh terbaik yang kerap saya kongsikan ialah kes apabila seseorang yang terinspirasi dengan kerja saya (atau sekurang-kurangnya menurut merekalah!) menghubungi saya dengan tawaran untuk membuat sesuatu.

Ada kalanya mereka ingin merekabentuk semula laman sesawang, membantu meningkatkan tahap jualan, melancarkan kempen penjenamaan semula, melaksanakan sesuatu sistem yang lebih baik, atau merangkakan strategi perangkaian sosial.

Mereka menjanjikan kesemua perkara yang saya ingat saya perlukan. Mereka berkata mereka lebih baik dan mahir dalam semua perkara yang saya kurang mahir.  Mereka mempunyai masa yang banyak untuk kesemua perkara yang saya cukup kesuntukan masa. Mereka mempunyai senarai klien yang cukup baik dan kajian kes yang menunjukkan betapa sepadan dan secocoknya mereka untuk membantu saya ‘mencapai gol-gol saya’.

Lebih daripada satu kali, saya menjalin hubungan bisnes dengan mereka yang berhajat baik ini dan mendapati diri di pihak yang rugi. Kerap kali hasil yang diperolehi jauh di bawah tahap jangkaan atau harapan saya (yang seringkali berbeza daripada jangkaan mereka). Contohnya, apabila seseorang berkata mereka boleh mengubahsuai laman sesawang dengan sepenuhnya, saya ingat ia bererti setiap aspeknya,termasuk pengantaramuka stor.

Tetapi sebenarnya mereka tidak mempunyai pengalaman yang cukup untuk membina stor dalam talian yang betul-betul bagus – jadi setiap yang lain kelihatan cantik tetapi stor saya tidak beroperasi seperti yang saya harapkan. 

Hubungan ini jarang berakhir dengan baik, dan saya pula menghabiskan banyak wang dan tidak memperoleh apa yang saya fikir saya akan dapat. Sejak saya pelajari Prinsip-prinsip Bruder, saya cukup bangga kejadian seperti itu tidak lagi berlaku.

Prinsip-prinsip Bruder

Dinamakan sempena Ron Bruder, seorang usahawan, dermawan dan mentor saya, Bruder mengajar saya beberapa teknik mudah untuk memastikan bahawa hubungan yang saya jalinkan menawarkan nilai benar dan berlanjutan untuk tempoh yang lama.

1. Buat semakan latar belakang

Sama ada individu atau syarikat, ia cuma mengambil masa beberapa minit untuk menyemak latar belakang mereka dengan melayari Google. Lebih daripada sekali, sebelum bekerja dengan mereka, saya mendapati bahawa sesebuah syarikat itu kurang stabil.

2. Perlahankan rentak

Banyak urusan niaga, terutamanya antara syarikat kecil, dilaksanakan dengan penuh semangat dan optimisme. Dengan memperlahankan rentak, proses itu akan mendedahkan banyak yang terselit.

Saya pernah memperlahankan satu kesepakatan bisnes yang berjalan terlalu cepat. Akibatnya ia mengubah sepenuhnya dinamik hubungan antara saya dengan rakan niaga itu. Mereka bertambah agresif, dan kurang sabar dengan saya. Mereka nampaknya terlalu sangat mahu kontrak itu dimeteraikan secepat mungkin. Hubungan bisnes yang baik tidak dibina untuk berjalan dengan pantas, tetapi dibina untuk pergi  jauh.

3. Mula secara kecil

Sesuatu kesepakatan itu tidak perlu sekomprehensif mana dari mula. Hubungan baru harus bermula kecil. Berbuat demikian sering mendedahkan niat sebenar dan, yang penting membolehkan anda menguji hubungan tanpa terlalu banyak risiko.

Sebagai contoh, untuk penjenamaan semula yang lengkap, mulakan dengan logo dan tengok prestasinya. Saya tidak akan lagi membuat urusniaga yang besar dengan hubungan yang baru terjalin. Semuanya akan bermula secara kecil-kecilan.

4. Jangan berurusan dengan sesiapa yang menghadapi masalah

Perhatikan dengan rapi jenis-jenis perkara yang menyebabkan stres pada seseorang. Jika mereka nampaknya menghadapi tekanan kewangan, sama ada bisnes mereka kurang berprestasi baik atau mereka mengalami isu kewangan peribadi, jangan terlibat dengan mereka.

Anda tidak akan menikmati hubungan bisnes yang produktif apabila seseorang itu terlalu takut dan bimbang tentang cek pembayaran kemudian mereka.

(Nota: Terdapat perbezaan antara tidak mempunyai banyak wang dan rasa tertekan kerana isu kewangan.)

Ini adalah empat prinsip mudah yang besar manfaatnya kepada saya serta yang melindungi saya dan kepentingan saya. Saya tidak akan menjalin sebarang kesepakatan tanpa merujuk kepada kesemua prinsip ini. 

 

Simon Sinek ialah ahli etnografi dan pengarang Start With Why: How Great Leaders Inspire Everyone to Take Action. Sebagai seorang yang bersifat optimis, beliau percaya dalam masa hadapan yang cerah, dan keupayaan kita untuk membinanya, bersama.
Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik The Bruder Principles.

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Sudut Pakar, Perwatakan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Inspirasi

Kisah Inspirasi daripada Pesakit Penyakit Jarang Jumpa

Oleh Amirah Nadiah. Menyingkap kisah inspirasi daripada pesakit penyakit jarang jumpa di Malaysia, Pycnodysostosis.

Nov 09, 2023 6 Minit

Graduan wanita

Dilema Seorang Graduan Baru bersama Andrea Chew

Di episod 3, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Andrea Chew; Strategik Projek Partner di Leaderonomics, tentang topik hangat diantara 'fresh graduate' yang mula melangkah ke dunia pekerjaan. Bagaimanakah seseorang graduan baru boleh menyesuaikan diri di tempat kerja? Di sini, Andrea Chew akan berkongsi beberapa tip-tip kepada para siswa dan siswi untuk berkeyakinan lebih tinggi.

Mar 15, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Manfaatkan Bakat Anda

Setiap orang mempunyai bakat istimewa yang tersendiri. Baik kita pandang ke dalam, cungkilkan dan manfaatkan bakat kita itu.

Aug 16, 2017 1 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest