Mendengar Dengan Teliti

Jan 20, 2020 3 Minit
mendengar dengan teliti, pendengar baik

Adakah anda seorang pemimpin yang mendengar dengan teliti?

Kita berfikir kita mengetahui segalanya, mempunyai jawapan untuk semua soalan dan lebih bercakap tanpa memberi lebih perhatian terhadap orang lain. Disitu kita boleh melihat bahawa kita tidak bertumbuh. Seperti bunga yang sudah tidak di siram maka, bunga tidak akan tumbuh dan berkembang dengan cantik.

Ia mungkin adalah satu kebanggan bagi seseorang pemimpin kerana beliau rasa seperti mengetahui semuanya, kerana kita berfikir dengan adanya pengalaman selama 30 tahun bekerja atau datang daripada pelbagai posisi dan tradisi kerja yang berlainan, menjadikan kita lebih ego dan berfikir bahawa kita mengetahui segala-galanya dari hujung rambut ke hujung kaki.

Oleh itu, jika kita melihat pemimpin ketika mereka berkomunikasi dengan seseorang, mungkin anda dapat melihat mereka lebih mendiamkan diri daripada bercakap. Ini kerana, ketika kita berkomunikasi bersama individu yang lain, kita juga belajar melaluinya kerana pengalaman dan pandangan daripada setiap orang berbeza.

Menjadi pemimpin yang baik, mereka akan mendengar dengan perasan yang sentiasa ingin tahu. Mereka juga memberi peluang kepada individu yang lain kerana mereka tidak melihat bahawa mereka tidak mengetahui semuanya, tetapi sentiasa mempunyai niat untuk belajar.

DI samping itu, sebagai seorang pemimpin, saya juga belajar untuk mendengar pendapat daripada individu lain contohnya, apabila saya berada di keadaan yang tergesa-gesa atau teruja dengan idea baru, saya mengakui bahawa saya seorang yang tidak sabar ketika berkomunikasi sehingga tidak memahami sepenuhnya apa yang cuba disampaikan kepada saya.

Ini adalah sesuatu perkara yang saya masih perlu belajar sehingga sekarang. Ia adalah salah satu ciri-ciri yang penting bagi seorang pemimpin perlu ada – dan beliau juga perlu mempunyai usaha untuk belajar semuanya.

Jadi, bagaimana kita boleh menjadi seorang pendengar yang sentiasa mempunyai sikap ingin tahu supaya kita boleh belajar? Disini saya kongsikan tips dari pengamalamn saya dan masih belajar:

1 – Jangan ulang ayat – teruskan perbualan

Mungkin diantara kita sering kali mengulang perkataan yang telah dinyatakan oleh seseorang seperti “Semalam saya mengikuti program kepimpinan bersama kumpulan saya…” dan anda mengulang semula apa yang diberitahunya “Jadi semalam kamu mengikuti program kepimpinan bersama kumpulan kamu…”

Dengan itu, ia adalah lebih bagus jika kita dapat membina hubungan dengan seseorang kerana kita akan lebih memahaminya. Bukan sahaja berminat mendengar, tetapi boleh berkongsi idea, pendapat dan juga belajar bersama-sama.

2 – Jaga bahasa tubuh anda

Ketika anda diberitahu sesuatu perkara yang membuatkan anda rasa teruja, apakah tindakan anda ketika itu? Seandainya anda berada di keadaan itu, sedar atau tidak anda akan rasa mempunyai persamaan dan juga perasaan ingin tahu yang sangat kuat. Baru-baru ini saya ada membaca ‘belly-button rule’ mengenai bahasa tubuh.

Posisi tubuh sangatlah penting ketika kita sedang berkomunikasi dengan seseorang. Kita dapat dinilai jika kita memberi sepenuhnya perhatian dan menerima mesej daripada perbualan itu. Pergerakan bahasa tubuh memberi pandangan yang besar kepada setiap individu.

3 – Tanya soalan

Siapa diantara kita pernah menyangka bahawa seseorang itu sudah selesai bercakap? Disitu kita akan membuat andaian atau memotong percakapan seseorang, contohnya “Oh ya, betul. Itu mengingatkan saya pada satu perkara, ketika saya berada di satu persidangan dan bertemu dengan seorang pemimpin…” daripada kita mengatakan perkataan seperti itu, kita boleh memberitahunya seperti “Wah itu sungguh menarik – jadi apakah pengalamn yang anda dapat? Sudah semestinya banyak yang anda belajar!”

Saat kita mengajukan soalan, di situ kita dapat peluang untuk belajar dengan lebih. Bukan sahaja belajar, malah kita juga dapat idea-idea yang menarik atau konsep yang baru. Pasti anda tidak percaya, ketika anda berbual dengan seseorang anda dapat melihat perbezaan ketika anda memberi penyataan atau mengajukan lebih soalan. Selain itu, anda akan rasa ada perubahan pada diri sendiri dan juga anda telah menambah satu kemahiran ketika berkomunikasi.

4 – Kekalkan pandangan mata anda

Tetapi ingat, ini bukanlah pertandingan merenung mata! Ketika seseorang sedang bercakap, dan kita melihat matanya, ia memberitahu bahawa kita minat mendengarnya. Setiap perkataan atau ayat daripada perbualan itu memberi kesan sebanyak 20%, manakala 80% pula adalah daripada bahasa tubuh dan reaksi muka kita.

Akhir sekali, tanpa kita sedar, anda akan mendapat banyak maklumat ketika anda mengekalkan pandangan mata dan informasi yang lebih lengkap.  Sehubungan dengan itu, anda juga akan rasa dihormati ketika sedang bercakap kerana focus hanyalah kepada anda. Lebih-lebih lagi, jika anda membuat latihan, anda boleh berlatih dengan siapa-siapa sahaja. Percayalah bahawa anda akan rasa kagum dengan perubahan diri anda dan tindak balas dari orang lain.

 

Sumber bahasa Inggeris, klik Listening Is the Key to Learning in Leadership

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Identiti dengan niat

Menghubungkan Identiti dengan Niat

Oleh Raju Mandhyan. Apakah keunikan anda dalam satu ayat? Adakah anda mampu mengaitkan identiti anda dengan niat anda? Adakah anda tahu bahawa menghubungkan kedua-dua ekstrem ini mengintegrasikan orang? Baca lebih lanjut di sini dalam artikel ini.

Dec 07, 2022 8 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Fokus Pada Perubahan Kecil

Dalam Tip Kepimpinan ini, Roshan Thiran mengesyorkan supaya kita menumpukan usaha untuk membawa perubahan kecil pada diri. Lama-kelamaan perubahan menyeluruh akan tercapai. Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit.

Jul 19, 2017 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest