10 Mitos Kemajuan Yang Menghalang Perkembangan Diri

Dec 01, 2017 1 Minit
maskara, mitos, halangan

Saya kurang tahu tentang fesyen atau hal-hal mengenai imej dan penampilan menarik, dan langsung tidak layak untuk menulis artikel berkenaan mekap dan wanita. 

Tetapi saya terjumpa sebuah kajian yang saya kira harus dikongsikan (dan yang membuatkan saya terfikir) biarpun yang mungkin tidak disukai kaum wanita!

Ramai wanita (dan sesetengah lelaki) memakai mekap sepanjang masa, melapisi kulit muka dengan foundation (bedak asas) yang tebal, gincu, pembayang mata, bedak dan pemerah pipi.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Alex Jones dan Robin Kramer, dua penyelidik dari Universiti Bangor dan Universiti Aberdeen,, ramai wanita percaya bahawa mereka perlu menghabiskan masa dengan bersolek untuk menjadi lebih menarik kepada lelaki.

Malangnya, penyelidikan baharu ini, yang diterbitkan di dalam Quarterly Journal of Experimental Psychology, juga mendakwa bahawa “jika matlamat anda adalah untuk menarik perhatian atau kelihatan lebih cantik untuk lelaki, maka usaha anda mungkin sia-sia.”

Kajian itu menyimpulkan bahawa wanita dilihat lebih menarik apabila mereka kurang bersolek berbanding apa yang biasa mereka gunakan.

Apakah maksud ini?

Dalam zaman standard kecantikan yang tidak masuk akal ini, ia adalah mudah untuk mempercayai bahawa kita perlu kelihatan cantik atau dunia akan memikirkan yang kita tidak layak. 

Jika kita meluangkan masa untuk meningkatkan kecerdasan atau kepimpinan peribadi kita seperti kita mengambil masa untuk bersolek, dunia mungkin berlainan rupa berbanding kini. 

Ini membawa saya kepada satu lagi soalan: Apakah mitos kemajuan, piawaian dan tanggapan dogma yang kita percaya sebagai prinsip kebenaran yang menghalang kita daripada menjadi diri kita sendiri dan benar-benar memenuhi potensi sebenar kita?

Berikut adalah 10 mitos kemajuan yang saya anggap boleh menghalang perkembangan kita. 

Mitos 1: Meningkatkan kemajuan diri adalah untuk orang yang selalu gagal.

Ramai orang fikir jika anda mendesak diri untuk meningkatkan kemahiran diri dengan belajar, membaca dan melakukan dengan lebih lagi, orang akan melihat anda sebagai ‘geek’ dan ‘serba rugi’.

Saya berfikir sebaliknya. Dengan mengetahui dan mengakui kelemahan anda, dan dengan secara aktifnya melakukan sesuatu untuk mengatasi kelemahan itu, anda akan mencapai impian hidup anda.

Mitos 2: Bukan APA yang anda tahu tetapi SIAPA yang anda kenali.

Saya tahu ramai orang yang tersalah anggap dengan nasihat ini yang membawa maksud bahawa ‘hanya orang yang mempunyai keistimewaan sahaja dan yang mempunyai jaringan atau rangkaian akan maju ke hadapan’.

Ini betul-betul tidak masuk akal. Jika anda lihat pemimpin yang hebat, majoriti daripada mereka berasal daripada golongan miskin, daripada keluarga yang tidak mempunyai rangkaian perhubungan, namun mereka menggunakan kebolehan kepimpinan mereka untuk menjalin hubungan dengan orang ramai.

Mitos 3: “Saya telah cuba tetapi masih tidak berjaya!”

Hanya kerana anda menghadiri beberapa sesi bantu mandiri dan membaca beberapa buku peningkatan diri tidak bermaksud anda akan menjadi sempurna secara automatik.

Pembelajaran memerlukan kerja keras dan ketekunan yang gigih. Anda boleh meningkatkan mana-mana ruang dalam kehidupan anda jika anda bekerja keras, mengamalkan apa yang anda belajar secara konsisten dan mempunyai fokus yang berterusan.

Mitos 4: Bos sentiasa betul.

Sebagai bos, saya tahu ini adalah tidak benar. Kita adalah manusia dan semua membuat kesilapan. Jika anda benar-benar ingin membuat impak, dengar baik-baik apa yang dikatakan bos anda. Kemudian cuba susun semula dan analisis  apa yang dia katakan. Jika anda rasa dia mungkin salah, kongsi pula pendapat anda. Dalam jangka masa panjang, seseorang yang sentiasa berkata “ya” dan menuruti apa sahaja yang bos mereka arahkan tidak akan menjadi pemimpin pada akhirnya. Bos anda tahu akan hal ini.

Mitos 5: Sentiasa berfikiran positif.

Ramai orang percaya bahawa jika mereka positif dan mempunyai impian yang besar, mereka akan mendapat hasil yang luar biasa. Walaupun pemikiran sebegini membantu tetapi bersikap positif sahaja tidak akan membawa anda ke mana-mana pada akhirnya jika anda tidak bertindak. Tindakan harus dilakukan dan kerap kali, tindakan menyakitkan.

Mitos 6: Terdapat satu pekerjaan yang sempurna untuk anda di luar sana.

Tiada satu pun pekerjaan yang sempurna. Semua pekerjaan mempunyai aspek yang sangat baik, sesetengahnya biasa dan ada yang teruk. Biasakan diri anda dengan itu. Anda boleh belajar perkara-perkara baharu dan belajar tentang diri anda sendiri daripada setiap pekerjaan. Jangan sesekali menjadi selesa dengan mana-mana pekerjaan. Sentiasa bersedia untuk mencari peluang baharu dan terus belajar.

Mitos 7: Aku boleh menjadi pemimpin yang sempurna.

Ia tidak mungkin. Tiada pemimpin yang sempurna. Menurut Steve Snyder, “Apabila kita membandingkan diri kita dengan standard yang mustahil, dan apabila kita terjatuh, kita membuat kesimpulan bahawa ada sesuatu yang tidak betul dengan diri kita. Yang sebenarnya adalah setiap pemimpin akan menghadapi dugaan yang hebat pada satu-satu ketika dalam kerjaya mereka.”

Tanda-tanda seorang pemimpin yang baik adalah bukan menjadi sempurna pada masa itu tetapi mereka seharusnya belajar daripada setiap langkah perjalanan yang dilalui, terutama sekali apabila berhadapan dengan banyak kesalahan.

Mitos 8: Jika bencikan pekerjaan semasa, mulakan perniagaan sendiri.

Memulakan perniagaan sendiri adalah sukar, dan tidak semua orang sesuai untuk berbuat demikian. Ramai orang berfikir ia mudah tetapi ramai yang gagal apabila mencubanya.

Anda harus mempunyai minat yang tinggi terhadap sesuatu perkara dan mempunyai kesabaran untuk memasarkan diri, berurusan dengan ketidaktentuan kewangan, dan mengatasi banyak cabaran.

Mitos 9: Orang yang baik akan rugi.

Jangan percaya ini. Saya kian melihat ramai pemimpin baik yang bertahan dan berjaya. Bos yang teruk cenderung mendaki tangga korporat dengan lebih laju, namun mereka sentiasa kecundang. Walaupun ia mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai kejayaan tetapi insan yang berperikemanusiaan akan sentiasa menang dalam jangka masa panjang.

Mitos 10: Anda tidak perlu bekerja keras jika anda bekerja dengan bijak.

Ini adalah sesuatu yang suka dipercayai umum tetapi hakikatnya adalah seseorang perlu bekerja keras dan mempunyai otak yang cerdas untuk berjaya.

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik Break Free From The Tyranny Of Makeup – And Other Myths Which May Be Holding Us Back.

Sila Kongsi

Alt

Roshan adalah pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif dari Leaderonomics Group. Beliau percaya bahawa semua orang boleh memimpin dan boleh “memberi kesan/membuat lekukan di alam semesta” dengan cara mereka masing-masing. Beliau sering muncul di televisyen, radio and beberapa penerbitan untuk berkongsi Ilmu Membina Pemimpin dan pembangunan kepimpinan. Ikut beliau di https://www.linkedin.com/in/roshanthiran/ atau di https://www.roshanthiran.com/

Cadangan Buat Kamu

Pekerja

5 Sebab untuk Memberi Ganjaran kepada Pekerja dan Memastikan Mereka Bahagia

Oleh Srdjan Gombar. Pekerja yang gembira bekerja lebih keras, kekal bekerja lebih lama dan meningkatkan reputasi mereka.

Apr 10, 2023 4 Minit

Lelaki bersama Jaket

Strategi Cinta dalam Memimpin bersama Roshan Thiran

Di episod 2, host Waheeda sekali lagi menemubual dengan Encik Roshan Thiran; pengasas syarikat Leaderonomics, untuk berkongsi ilmu dan pengalamannya tentang strategi cinta dalam memimpin sebuah syarikat atau organisasi. Roshan akan memberi pandangan dari sudut yang berbeza bagaimana seseorang pekerja serta pemimpin dapat menyemai perasaan kasih dan sayang kepada sesebuah organisasi itu.

Mar 14, 2023 10 Min Podcast

Alt

Biar Mereka Gagal

Setiap pemimpin yang hebat pasti pernah gagal berulang kali dalam kembara kehidupannya. Belajar daripada setiap kegagalan. Jangan ulanginya. Jadikan kegagalan-kegagalan itu sebagai batu asas kejayaan masa hadapan. Untuk membaca artikel berkaitan, klik Tidak Mengapa, Biar Mereka Gagal.

Jul 06, 2017 3 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest