Masa Hadapan Industri Pembuatan Kayu di Malaysia

Nov 04, 2019 1 Minit
pokok-pokok, pembuatan kayu

Industri 4.0 adalah kata popular yang sering kita dengar semasa perhimpunan pemimpin, seminar dan persidangan dalam mana-mana industri – dan untuk sebab yang sangat baik.

Kecerdasan buatan (AI) sedang digunakan untuk menggabungkan pengautomasian dalam perbankan, runcit dan kerajaan, sebagai contoh beberapa sektor yang menggunakan teknologi baharu.

Dalam pembuatan – seperti dalam industri kayu – AI menawarkan beberapa faedah seperti meningkatkan pengeluaran, menyediakan peluang baharu untuk penerokaan produk, dan membawa bersama pembelajaran manusia dan mesin untuk memenuhi keperluan pelanggan dengan lebih baik.

Sebelum kita meneroka AI dengan lebih lanjut, ramai pembaca mungkin tertanya-tanya tentang kepentingan industri kayu di Malaysia. Memang, ini adalah bidang yang kebanyakan kita tidak kenali, tetapi kita semua mendapat manfaat daripada industri tradisional ini dalam banyak cara.

Industri kayu menggunakan sumber semulajadi dan boleh dibaharui yang penting. Ia digunakan untuk membina rumah, mereka perabot, tiang pagar dan kain; dan jika anda membaca akhbar dan majalah dan menggunakan buku nota, semuanya adalah hasil mereka yang komited yang bekerja dalam industri pembuatan kayu.

Seorang pemimpin yang berdedikasi dalam industri ini adalah Peter Fitch, yang menerajui Segamat Panel Boards (SPB) sejak 16 tahun yang lalu. Syarikat ini, yang diasaskan pada tahun 2003, memberi tumpuan yang kukuh terhadap inovasi dan kemampanan, mendapatkan bahan mentah hanya daripada sumber yang mampan seperti penggunaan bijak batang kelapa sawit yang kebanyakan orang menganggap sebagai ‘buangan’.

Mengisi jurang buruh

Sebagai perniagaan yang sentiasa berusaha untuk memelihara dan membina amalan terbaik, SPB telah berjaya merangkul beberapa anugerah dalam tahun-tahun kebelakangan ini, walaupun menghadapi cabaran industri yang menuntut tindak balas inovatif.

Salah satu cabaran sedemikian adalah mendamaikan industri intensif buruh dengan kekurangan tenaga kerja. Ini telah menyebabkan SPB dan syarikat-syarikat lain untuk menumpukan perhatian kepada penyelesaian alternatif, termasuk pelaburan dalam teknologi.

Sekali pandang, AI dan industri kayu tidak mungkin saling berganding, tetapi Fitch percaya bahawa ia mempunyai peranan penting dalam pertumbuhan pembuatan kayu.

Katanya: “Ini akan berlaku, jadi ia bukan jika ia akan berlaku; ia adalah bila ia akan berlaku – dan apabila ia berlaku, ia akan menghasilkan proses perubahan dan gangguan yang menyeluruh.

Keperluan untuk merangkumi AI ke dalam industri pembuatan adalah inovasi yang dilahirkan daripada keperluan. Sama seperti di negara-negara Eropah seperti Jerman, Malaysia semakin berkembang sebagai bangsa yang berpendidikan dan berkemahiran tinggi, sekaligus menyebabkan rakyatnya kurang berminat untuk belajar dan bekerja dalam industri-industri seperti pembuatan kayu.

Akibatnya, wujud pergantungan terhadap pekerja asing yang dibawa masuk ke negara ini untuk mengisi kekosongan dalam mana-mana industri yang menghadapi kekurangan tenaga kerja.

Walaupun pengautomasian akan membantu mengurangkan jurang buruh, Fitch percaya bahawa usaha mengimbangi pelaburan dalam tenaga kerja  dan jentera adalah perlu untuk mengekalkan kelangsungan industri.

Katanya: “Anda tidak hanya perlu melabur semula dalam mesin, dan modal untuk jentera, tetapi anda juga perlu melabur semula dalam modal insan, iaitu tahap kemahiran rakyat. Ini akan menjadi suatu cabaran besar.

“Kami kini menghadapi cabaran itu juga. Kami cuba memperkenalkan pengautomasian dan AI di mana yang boleh, tetapi kami juga memerlukan tenaga kerja supaya dapat mengekalkan dan mengendalikan teknologi itu.”

Berkaitan: Membuka Jalan Ke Arah Perniagaan Yang Mampan

Melangkah ke tingkat seterusnya

Semasa membincangkan tentang pengautomasian dalam pembuatan kayu secara keseluruhan, Fitch berkongsi bahawa sementara pembuatan barisan hadapan adalah proses yang mudah, pemacu pengautomasian industri melalui AI akan datang melalui pembuatan perabot.

Sudah tentu, tanda-tanda penggunaan AI menunjukkan masa hadapan di mana syarikat-syarikat seperti SPB menjadi lebih diperberdayakan hasil penggabungan kecerdikan manusia dengan proses pengautomasian dan pembelajaran mesin.

Pengautomasian bukan sahaja akan mengurangkan kos operasi, tetapi ia dapat juga mengukuhkan potensi penskalaan dan pembangunan produk yang pasti akan berkembang untuk memenuhi permintaan pengguna yang terus bertumbuh.

Menyebut IKEA sebagai contoh syarikat yang telah mengintegrasikan AI dalam cara ia menjual perabot, Fitch percaya bahawa pengautomasian akan meresap sektor ini apabila ia menjadi sesuatu yang biasa.

Katanya: “Syarikat-syarikat seperti IKEA sememangnya kian merevolusikan cara perabot dijual. Barangkali akan berlaku lebih banyak lagi penstandardan produk. Akan adanya reka bentuk individu – seperti reka bentuk bercetak, tidak semestinya reka bentuk sebenar perabot – dan ia boleh berbentuk lebih modular. Dan ini akan membawa kepada pengautomasian, pengautomasian yang lebih mudah. 

“Jadi, saya fikir revolusi yang berlaku dalam sektor runcit – keperluan untuk menjual jumlah besar melalui Internet, yang dihantar kepada anda oleh syarikat kurier – akan memacu perubahan dalam cara perabot dibuat, dan ini akan membawa kepada lebih banyak pengautomasian.

Menurut Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Malaysia mengeksport kayu dan produk kayu bernilai RM23.2 bilion pada 2017 – satu angka yang dijangka mencecah RM53 bilion menjelang 2020.

Dengan cabaran yang dihadapi oleh industri pembuatan kayu, dan potensi yang ditawarkan melalui pelaburan dalam proses berautomat, ditambah dengan kepimpinan syarikat yang inovatif seperti SPB, masa hadapan Malaysia nampaknya cerah dan makmur.

Sekiranya negara dapat memanfaatkan kelebihan sumber semula jadi dan menggabungkannya dengan kepimpinan proaktif yang menggunakan teknologi baharu dan bakat rakyatnya, industri pembuatan kayu pasti akan terus berkembang dan bertumbuh dalam era perniagaan baharu. 

 

Untuk membaca artikel ini dalam bahasa Inggeris, klik The Future of the Wood Manufacturing Industry in Malaysia.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Tenggelam

Cara Mengubah Budaya Toksik

Oleh COLIN D ELLIS - Anda tidak pernah melupakan budaya toksik pertama anda. Ia kekal bersama anda, malam dan siang, hari bekerja dan hujung minggu. Ia menjejaskan kerja anda, hubungan anda, kehidupan anda. Selalunya, anda tidak melakukan apa-apa untuk mencipta atau mengekalkannya, tetapi seperti orang lain, anda terpaksa menjalaninya.

Jun 25, 2023 4 Minit

Bunga

Serlahkan Nilai-nilai Murni dan Etika Kerja Anda bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 5, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimana kita boleh memupuk nilai-nilai sebagai seorang pekerja. Beliau juga mengatakan bahawa setiap individu boleh menunjukkan nilai mereka, tidak kira sebagai pekerja biasa mahupun sebagai pemimpin, di dalam pejabat ataupun interaksi di alam maya. Marilah kita bersama-sama serlahkan nilai-nilai positif di organisasi kita.

Mar 17, 2023 10 Min Podcast

Alt

Tip Kepimpinan: Pembelajaran Efektif Melalui Pengalaman

Cuma 10% daripada pembelajaran efektif diperolehi daripada latihan dalam kelas, 70% adalah berasaskan pengalaman, dan 20% adalah melalui pemerhatian.

Apr 13, 2018 2 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest