Kobe Bryant Seorang Legenda NBA

Jan 30, 2020 3 Minit
proses, usaha

Kobe Bryant bukan sahaja mahu kejayaan. Apakah keutamaan pencapaian yang beliau inginkan?

Legenda NBA Kobe Bryant termasuk Gianna, anak perempuan beliau yang berusia 13 tahun dikhabarkan telah meninggal dunia pada Ahad apabila helikopter miliknya terhempas di California Selatan.

Jika anda seorang peminat bola keranjang, pasti anda mengetahui bagaiman sukarnya untuk memenangi NBA. Mungkin juga anda salah seorang peminat Kobe: Eighteen-time All-Star. Fifteen-time All-NBA team. Twelve-time All-Defensive team. 2008 NBA Most Valuable Player.

Atau anda tidak berapa terasa kedekatan anda dengan beliau kerana tidak pernah bertemu dengannya.

Walau bagaimanapun, Kobe menegaskan bahawa disiplin, usaha, dan kegigihan adalah sesuatu perkara yang dapat memberi impak yang besar terhadap diri kita.

Kita mengetahui bahawa Kobe secara fizikal seorang yang sangat berbakat. Tetapi beliau tidak berhenti di situ, beliau melihat fizikalnya hanya sebagai asas bakatnya. Beliau tidak berhenti di situ sahaja, malah beliau berlatih lebih keras berbanding orang lain untuk mencapai matlamatnya untuk jangka masa yang lama.

“Berlatih setiap pagi. Berlatih dan terus berlatih. Berlatih di gyms di keadaan yang gelap kerana tiada sesiapa yang berada di sana untuk membuka lampu. Membuat latihan setiap hari, setiap masa.”

“Beliau ialah seorang yang paling rajin dan paling bekerja keras di dalam kumpulannya.” – Kata Jalen Rose. Setiap kali bila Kobe rasa begitu letih, atau lesu, ketika beliau rasa beliau sudah lakukan apa yang beliau mampu, di situ beliau mula menggali atau mencari dengan lebih lagi. Di situ lah beliau mula menjumpai senjatanya dengan lebih dalam lagi.

Lalu menjadikannya pencapaian yang baru. Beliau sentiasa bekerja keras untuk melakukan sesuatu melebihi batasnya (sebab kebanyakan batas yang kita ada semua itu ditetapkan oleh diri kita sendiri) di mana jika kita berusaha mencari kebolehan di antara batas itu, kitab oleh lakukanya.

Beliau tidak mahu hanya mencapai kejayaannya tetapi beliau mahu lebih daripada itu.

Dia mengikuti kaedah yang sama dalam kehidupan pasca bola keranjangnya: usahawan pemasaran belajar caranya untuk mencapai perniagaan yang berjaya. Pembangunan sebuah syarikat di mana filem animasi pendeknya memenangi anugerah Oscar pada tahun 2018.

Selepas diberitahu oleh seorang pelabur jutawan Chris Sacca – di mana dana modal Lowercase Capital telah membuat pelaburan tahap awal dalam syarikat-syarikat teknologi seperti Twitter, Uber, Instagram dan Kickstarter – dia perlu membuat ‘kerja-rumah’/penyelidikan tentang pelaburan, “Untuk beberapa bulan telefon saya tidak pernah henti berdering pada waktu tengah malam,” kata Sacca di rakaman Bill Simmons.

“Adakah Kobe sedang membaca artikel ini, tengok tweet, follow lelaki ini, menyelidiki TED Talk, mengkaji Y Combinator Demo Day. Saya menerima mesej ini pada awal pagi, dan isteri saya bertanya, ‘Adakah kamu mempunyai apa-apa hubungan sulit bersama Kobe Bryant? Apa yang sedang berlaku?”

Beliau juga tidak membandingkan keadaan beliau sekarang dengan masa lalu. Kobe Juga tidak melihat seberapa jauh beliau sudah pergi tetapi beliau terus melihat ke hadapan, melihat bagaimana beliau masih boleh maju ke hadapan.

Dan Kobe bekerja keras dan berusaha untuk sampai ke garisan penamat.

Anda mungkin tidak berbakat dan menjadi terbaik di dalam bidang atau pekerjaan yang kamu pilih, tetapi anda boleh berjaya jika anda berusaha lebih dan bekerja lebih keras sehingga melebihi kemampuan anda.

Tidak kira anda datang daripada latar belakang yang berbeza, tahap pendidikan, bakat atau kemahiran anda atau kepintaran. Semua itu boleh di asah lebih jika bekerja keras dan usaha.

Di dalam istilah perniagaan, Kobe sentiasa datang lebih awal dari waktu yang seharusnya. Beliau juga pemain terakhir yang pulang. Membuat panggilan dan menghantar email melebihi waktu kerjanya. Beliau juga melakukan research atau kajian melebihi dari yang sepatutnya dan seorang yang melakukan sesuatu dengan pantas tanpa rasa teragak-agak.

Dan beliau juga seorang yang terus melakukan kerja tanpa melengahkan masa.

“Untuk berfikir saya seorang yang ingin mencapai matlamat melebihi apa yang saya mampu, itu sangat bermakna kepada saya, itu bermaksud saya melakukan banyak kerja seperti memerah air limau semahunya.”

Anda mungkin tidak mempunyai pengalaman, hubungan, bakat atau sehebat orang lain… Tetapi anda sentiasa boleh berfikir lebih, bekerja dengan lebih keras.

Anda sentiasa boleh mencapai sesuatu luar jangkaan anda.

Di mana kejayaan sentiasa menjadi perhatian – walau bagaimanpun, anda memilih bagaimana untuk menjadi seorang yang berjaya – usaha dan kesungguhan adalah segala-galanya.

 

Untuk membaca bahasa Inggeris, klik Kobe Bryant Was an NBA Legend, but His True Legacy Can Be Summed Up With 1 Word

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com

Cadangan Buat Kamu

Kepimpinan

Mengapa Belajar adalah Kunci Kepimpinan

Oleh William Arruda. Pembelajaran adalah kawan baik pemimpin dalam dunia yang cepat berubah. Ketahui bagaimana ia adalah senjata rahsia anda untuk berjaya.

Oct 17, 2023 4 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Menjadi Pendengar Yang Aktif: 10 Cara Terbaik

Kemahiran mendengar perlu dikuasai. Kita mesti pendengar yang aktif, dengan niat untuk memahami. Dengan itu, komunikasi berkesan dapat dijalin.

Oct 20, 2017 7 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest