Mendukung Perniagaan PKS Dari Malaysia Ke Persada Dunia

Sep 27, 2017 1 Minit
Datuk Sulaiman Mohd Tahir
Melabur Dalam Perkembangan dan Pembangunan Modal Insan.

Perbankan biasanya dikaitkan dengan peminjaman dan pembayaran semula. Namun bagi Datuk Sulaiman Mohd Tahir, dunia perbankan merupakan medium terjalinnya hubungan dan yang mendukung perkembangan perniagaan di Malaysia.

Pada bulan November 2015, Datuk Sulaiman dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (KPE) Kumpulan AmBank dan KPE AmBank (M) Berhad, cabang perbankan komersial Kumpulan AmBank. Dengan rekod yang cemerlang dalam perbankan selama lebih 30 tahun, antara peranan utamanya adalah menerajui bank dalam membantu perkembangan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia.

Datuk Sulaiman memulakan kerjaya profesionalnya sebagai seorang auditor setelah menamatkan pelajaran dalam ijazah perakaunan di Royal Melbourne Institute of Technology di Australia. Tidak lama kemudian, beliau mula berjinak-jinak menceburi perbankan dan menyedari minatnya untuk terus berkecimpung dalam bidang ini dan membuahkan perubahan dalam dunia perbankan.

Dalam The Leaderonomics Show yang dihoskan oleh Roshan Thiran, KPE Leaderonomics, beliau memaklumkan bahawa perbankan adalah bidang yang meluas, lebih daripada yang disedari kebanyakan orang.

“Perbankan bukan sahaja memberi pinjaman wang dan menerima bayaran; ia melibatkan pertumbuhan perniagaan dan meneliti bagaimana perniagaan dapat bertahan dengan kukuh untuk membantu pelanggan anda,” katanya.

“Perkara inilah yang menjadikan kerja perbankan sangat berbaloi.”

Jelas dan boleh diukur

Pada awal penglibatannya dalam bidang ini, Datuk Sulaiman, yang mengemudi 175 cawangan AmBank dan 55 pusat perniagaan, meletakkan nilai yang tinggi pada sesuatu yang jelas dan keupayaan mengukur kejayaan yang diperoleh dirinya sendiri dan teman sepasukannya. Beliau percaya bahawa struktur sebegini membolehkan mereka semua memberi tumpuan yang jitu untuk mencapai lebih banyak matlamat dan objektif.  

“Semasa berurusan dan berinteraksi dengan orang ramai dan kakitangan, saya memberi penekanan pada penjelasan, terutamanya apabila anda bekerja secara berpasukan, setiap orang perlu cakna dengan perkembangan semasa. Seperti sebuah pasukan bola sepak, setiap orang perlu menyedari peranan masing-masing dan memberi sumbangan kepada pasukan mereka secara menyeluruh.

“Kadangkala, ramai orang merasakan mereka hanya perlu menjaga hati bos, tetapi ada kemungkinan perkara yang menggembirakan bos menjejaskan prestasi syarikat. Maka penting bagi setiap anggota dalam sesebuah organisasi untuk menyedari nilai yang boleh disumbangkan kepada syarikat secara keseluruhan.”

Datuk Sulaiman memastikan setiap pekerja di Kumpulan AmBank memberi input secara kolektif berkenaan hala tuju dan matlamat masa hadapan AmBank, serta perancangan untuk mencapai matlamat tersebut. Seperti mana-mana pemimpin yang efektif, beliau sangat sedar bahawa apabila pekerja dapat melihat tujuan sesuatu perkara dilaksanakan dan peranan yang dimainkan mereka, mereka akan cenderung untuk mengambil langkah membantu merealisasikan visi tersebut.

Mengembang dan membangun modal insan

Sebahagian daripada kerja merealisasikan visi ini bertitik-tolak daripada komitmen Datuk Sulaiman untuk melabur dalam perkembangan dan pembangunan modal insan. “Hal ini bukan sahaja berkisarkan pembangunan bank buat masa ini, tetapi lebih berfokus pada kepimpinan yang kita perlukan untuk bank ini pada masa hadapan.”

Sejak penglibatannya, Kumpulan AmBank memberi tumpuan pada bidang yang spesifik serta produk dan perkhidmatan tertentu untuk diperkembang dalam usaha mengekalkan keunggulannya dalam industri perbankan yang semakin hari semakin sengit di Malaysia.

“Dalam dua tahun belakangan ini, sangat senang untuk saya katakan bahawa bidang yang ingin kami perkembang berjalan seperti yang diinginkan.”

Ruang perniagaan PKS penting

“Ruang perniagaan PKS sangat penting bagi kami. Lebih kurang 98 peratus perniagaan di Malaysia merupakan PKS. Pada tahun lepas, kami berkembang sebanyak 17.4 peratus. Dalam suku pertama tahun kewangan 2017/2018, kami mencapai peningkatan sebanyak 4.7 peratus, nilainya hampir mencecah 20 peratus berbanding tahun sebelumnya. Ini sesungguhnya peningkatan yang amat memberangsangkan.

“Untuk mampu berkembang dalam ruang PKS, kami perlukan kesungguhan untuk berusaha lebih keras dan menghulurkan bantuan kepada perniagaan-perniagaan ini. Jika PKS ingin menembusi pasaran digital contohnya, mereka perlu bekerjasama dengan individu yang boleh dipercayai untuk membantu mereka – inilah satu ruang yang diusahakan kami, iaitu membina  hubungan yang kukuh dan bertepatan dengan hasrat pengguna.”

Melangkah lebih jauh untuk PKS

Bagi Datuk Sulaiman, bidang perbankan patut memainkan peranan yang lebih meluas daripada cuma menjadi sumber dana untuk perniagaan semata-mata. AmBank sangat menitikberatkan kakitangannya memahami keperluan setiap pelanggan, mengetahui hala tuju mereka dan membantu mereka sampai ke destinasi.

Bagi tujuan ini, barisan pemimpin di AmBank proaktif dalam menawarkan seminar percuma kepada PKS dan para PKE untuk membantu mereka memahami dan membangunkan potensi perniagaan.

Datuk Sulaiman mendukung penubuhan AmBank BizCLUB, dengan menganjurkan siri program secara percuma di segenap pelosok negara. Program AmBank BizCONFERENCE diadakan di Pulau Pinang pada 19 September, disusuli Johor pada 5 Oktober, Kota Kinabalu pada 10 Oktober, Kuching pada 12 Oktober, dan berakhir di Kuala Lumpur pada 1 November.

Program ini, yang mengumpulkan pemimpin terkemuka dari seluruh negara untuk berkongsi kisah kejayaan dan kegagalan mereka, bertujuan untuk dijadikan sebagai pedoman dan ingatan buat pemimpin PKS, akan perkara yang perlu mereka ambil tahu pada peringkat berkembangnya sesuatu perniagaan.

Artikel berkaitan: AmBank Bantu Bangunkan PKS

“Orang ramai mahu menjalankan perniagaan dan mereka mahu menjadi yang terbaik, namun mereka terlalu sibuk dengan dunia sendiri dan cuba menguasai pasaran, sehinggakan mereka tiada masa yang diluangkan untuk mendidik diri, berinteraksi dan melibatkan diri untuk kemajuan kendiri.

“Dalam  membina hubungan dengan pelanggan, kita perlu membantu mereka menyedari apa yang penting buat mereka, seperti bagaimana boleh kita bantu mereka berkembang? Pendidikan, latihan, rangkaian sosial, pendedahan dan pembelajaran sebegini sangat penting kerana aspek-aspek ini menjadi bekalan dalam perjalanan membina hubungan dengan pelanggan.”

Akhir kata

Walaupun 98 peratus perniagaan di Malaysia merupakan PKS, 70 peratus daripada perniagaan ini gagal bertahan sehingga tiga tahun. Visi Datuk Sulaiman adalah untuk bekerjasama dengan pemimpin-pemimpin PKS, dalam memastikan perniagaan tempatan di Malaysia memanfaatkan bakat luar biasa dan potensi meluas yang ada untuk berkembang maju. Visi ini sebati dalam dirinya dan pasukannya di Kumpulan AmBank, dan mereka semua bertekad untuk merealisasikannya dalam masa terdekat.

Ambil langkah pertama ke arah kejayaan korporat anda. Untuk menjadi ahli AmBank BizCLUB dan mengikuti sesi perangkaian AmBank BizCONFERENCE di serata Malaysia serta Sesi Berbual KPE AmBank di Kuala Lumpur, sila layari ambankbizclub.com

Sila Kongsi

Kepimpinan

Tag: Sudut Pakar, Kewangan

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Pemimpin

3 Cara untuk Menjadi Pemimpin yang Yakin

Oleh William Arruda. Anda perlu mempunyai keyakinan untuk dapat membuat keputusan yang kukuh dan selamat. Satu-satunya cara untuk melakukannya ialah mendapatkan pengalaman kepimpinan dunia sebenar.

Jan 03, 2023 5 Minit

Komunikasi

COVID-19 Merubah Komunikasi bersama Roshan Thiran

'Tamparan Idea' ialah podcast Bahasa Melayu yang mengupas topik dan isu semasa berkaitan dengan kepimpinan. Program ini diceriakan oleh Waheeda Hasbullah, seorang pengacara yang sentiasa membawa aura gembira kepada anda semua. Di episod 4, Waheeda kembali semula menemubual tetamu yang tidak asing, Roshan dari syarikat Leaderonomics. Bagaimanakah krisis Covid-19 merubah norma terbaru kita? Adakah ia merubah cara kita berkomunikasi selamanya? Disini, Roshan berkongsi perspektifnya tentang krisis Covid-19 dan juga berkongsi tips-tips untuk mendapatkan interaksi atas talian yang efektif.

Mar 16, 2023 10 Min Podcast

Alt

Akui Kesilapan Di Tempat Kerja: 10 Cara Terbaik

Kita tidak boleh lari dari kesilapan. Biarpun naluri kita akan lazimnya mempertahankan diri tetapi sekiranya kita bersalah, akuilah kesilapan itu. Tontoni video TOP 10 untuk belajar cara-cara mengakui kesilapan di tempat kerja.

Aug 09, 2017 8 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest