Lantaklah Ada Modal ke Tidak, Mulakan Saja Bisnes Kamu!

Feb 22, 2021 4 Minit
Modal
Kalau sampai bila-bila pun tak dapat modal, sampai bila-bila pun tak nak buat apa-apa?
Saya tengah cari modal.


Dah muak saya dengar orang gunakan ayat ni. Kalau saya dengar sekali lagi saya takkan maafkan orang tu – terus unfriend di Facebook. Jangan tunggu duit datang dan berhenti berfikir yang kita perlukan duit untuk mulakan atau mengembangkan suatu perniagaan. Di saat kita mangabaikan mentaliti kolot ini, kita akan sedar yang peluang sebenarnya bersepah.

Selama bertahun-tahun saya menjadi mentor kepada startup dan bisnes kecil, saya cukup pasti yang kepercayaan bahawa ‘kamu memerlukan modal untuk berniaga’ adalah faktor yang menghalang ramai orang daripada menjadi usahawan yang berjaya.

Adakan kamu takkan sekali-kali memerlukan dana? Tak, saya mengaku, ada banyak situasi di mana memang masuk akal untuk mengumpul duit terlebih dahulu.

Pada November 2020 saya melancarkan program Human Entrepreneur Pre-Incubator saya. Seramai 50 individu dari komuniti miskin diberikan latihan dan 21 hari untuk memulakan sebuah perniagaan yang boleh menjana keuntungan yang cukup untuk menggantikan gaji bulanan mereka.

Tiga puluh lima bisnes baru ditubuhkan dalam jangka masa 3 minggu itu. Tiga puluh lima orang berjaya menubuhkan bisnes yang efektif tanpa memerlukan dana atau modal yang besar. Kalau mereka boleh melakukannya, kenapa tidak anda?
 
Masih nak berdegil? Mari kita lihat tiga sebab mengapa tiada gunanya menunggu modal.

1. Begitu banyak masa akan dibazirkan

Kebanyakan startup dan perusahaan kecil tidak mempunyai bajet yang besar untuk bertahan berbulan-bulan tanpa melakukan apa-apa. Kalau kamu tunggu duit masuk, dalam sekelip mata sahaja kamu boleh membelanjakan sebahagian besar bajet ini. Bayangkan situasi di mana kamu akhirnya mendapat pembiayaan tetapi jumlah wang yang sama sudahpun digunakan semasa menunggu. Bukan sahaja itu, kamu telah membazirkan tempoh waktu yang begitu lama tanpa melakukan apa-apa!

Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.


Bayangkan situasi yang lebih buruk: akhirnya kamu tidak dapat mengumpul modal yang dicari-cari. Bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Sebaliknya, cuba ikhtiarkan jalan lain untuk memulakan perniagaan tanpa perlu bergantung pada modal sahaja. Kalau kamu boleh mencari pelanggan yang sanggup membayar wang terlebih dahulu, kamu boleh membuktikan kepada pihak bank yang bisnes kamu layak diberikan pinjaman. Para peminjam juga akan lebih rela memberikan dana kepada kamu.

2. Tunggu modal menggalakkan sikap malas berfikir

Siapa yang cakap di dunia ini hanya ada satu cara untuk memulakan perniagaan? Apabila kita didesak, di saat itulah daya inovasi kita akan terserlah. Tak cukup duit? Tiada masalah, kita cari jalan lain!

Salah satu satu bisnes yang dimulakan melalui program saya adalah sebuah bisnes menjual bahan pencuci. Semasa ia dimulakan, ia hanya mempunyai 10 pelanggan. Selepas pemiliknya menghadiri latihan kami, mereka menambah lagi 14 pelanggan. Untuk membiayai kos stok, semua pelanggan baru diminta membayar 50% daripada bil sebelum menerima produk mereka. 

Tak cukup duit? Tiada masalah. Kita cari jalan lain.


Pastikan kamu mengambil kesempatan sepenuhnya terhadap semua peluang yang ada di sekeliling kami. Kadang kala kita tak sedar betapa banyak jalan yang boleh dibuka.

Kalau kamu perlukan wang untuk membeli peralatan atau perkakas, cuba cari sumber yang boleh meminjamkan alat itu untuk sementara waktu. Jangan minta pinjam saja! Buat perjanjian dengan mereka untuk membayar sebahagian daripada keuntungan yang akan diperoleh nanti. Dengan ini, semua pihak dapat meraih manfaat jika bisnes kamu berjaya, dan kalau gagal sekalipun, risikonya tidaklah begitu besar. 

Saya cukup suka mengambil kesempatan pesaing saya. Satu lagi bisnes dalam program saya adalah sebuah perusahaan menternak ayam. Kerana saiz ladang mereka agak kecil, mereka tidak dapat mencari pelanggan baru kerana tiada stok. Saya mencadangkan kepada mereka untuk membeli stok ayam pesaing mereka untuk dijual semula kepada pelanggan baru itu. 



Menggunakan strategi ini keuntungan mereka meningkat sekali ganda dalam masa dua minggu. Hasilnya pemilik ladang ini juga dapat memperoleh pembiayaan tambahan untuk memperbesar ladangnya setelah mendapat bukti bahawa produknya mendapat sambutan hangat.

Strategi ini tidak terhad kepada ayam mentah sahaja. Apa salahnya kita jual produk pesaing kalau ia boleh memberikan kita keuntungan.

3. Kita nak bina bisnes, bukannya empayar 

Kalau kamu adalah sebuah starup atau bisnes kecil yang sedang menghasilkan produk atau servis baru, sedarlah yang pada peringkat ini, kamu perlu fokus untuk mencari sesuatu yang boleh menjanakan keuntungan. Kalau kamu tidak ada pelanggan dan kamu tidak menjana keuntungan, kamu bukan seorang usahawan dan kamu tidak mempunyai bisnes.

Kalau kamu tidak ada pelanggan dan kamu tidak menjana keuntungan, kamu bukan seorang usahawan dan kamu tidak mempunyai bisnes.


Inilah sebab saya begitu bangga akan mereka yang menyertai program Pre-Incubator saya – dalam 21 hari sahaja, begitu ramai yang berjaya kerana memulakan perniagaan berdasarkan kehendak pelanggan yang sanggup bayar terlebih dahulu.

Penutup

Kalau bisnes anda mendapat pembiayaan sekalipun, masih ada kemungkinan ia akan gagal. Realiti yang pahit adalah kebanyakan bisnes memang akan gagal dan kalau ia berlaku kepada kamu, mahukah kamu dibebani hutang? 


Bukankah lebih baik kalau kita boleh mengurangkan risiko supaya kalau gagal sekalipun, kita boleh bangkit semula dengan idea baru?

Dalam pengalaman saya, cukup penting untuk seorang usahawan mempunyai kebolehan bangkit semula setelah gagal. Hutang sebuah bisnes yang gagal boleh mengheret kita tenggelam ke dasar laut selama-lamanya. Bagi saya, lebih baik kita cuba mencari jalan kreatif untuk memulakan bisnes kita. 

Lepas dah dapat pelanggan dan jana keuntungan, bolehlah nak fikirkan tentang membina empayar yang luas. Kamu sudah menjadi usahawan yang berjaya.

Sila Kongsi

Alt
Artikel ini diterbitkan oleh penyunting-penyunting Leaderonomics.com
Alt

Cadangan Buat Kamu

Perniagaan

5 Perubahan Perniagaan yang Diperlukan untuk Kekal Berdaya Saing

Oleh Mark San Juan. Pemimpin perniagaan bertanggungjawab untuk membimbing syarikat mereka ke arah pertumbuhan dan keuntungan.

Jul 25, 2023 4 Minit

Kejatuhan Nokia

Kisah Benar Punca Kejatuhan Nokia

Banyak yang mengatakan kegagalan Nokia berpunca daripada betapa lambatnya ia beralih kepada dunia telefon pintar. Tapi sebenarnya ada punca lain yang menyebabkan Nokia lambat untuk mentransformi organisasinya. Jom ikut kisah benar tentang Nokia, yang diceritakan sendiri oleh Tricia Wang, bekas pekerja Nokia sendiri.

Dec 08, 2021 10 Min Video

Jadilah Pembaca Leader’s Digest