Sumber Isu Kepimpinan Science of Building Leaders 4 Masteries Science of Transforming Organisations

Grow. Build. Transform.

Terima kasih kerana sudi singgah ke website kami. Buat saja macam rumah sendiri. Leaderonomics.com adalah kurator bahan pembelajaran untuk syarikat induk kami, Leaderonomics. Sebagai syarikat, kami menawarkan servis dan produk digital untuk pembelajaran dan perkembangan kepimpinan di peringkat korporat dan komuniti. Misi kami mudah: Grow people into leaders, build Communities of love, and transform nations.

Science of Building Leaders
Tekan logo Template Logo untuk melihat perkembangan individu berdasarkan SOBL.

Kami perhatikan yang banyak pemimpin termasyhur dari dahulu hingga sekarang mempunyai banyak persamaan. Kalau kita bandingkan hidup mereka, banyak pengalaman yang sama dialami di waktu lingkungan usia yang serupa.

Mustahil ini kebetulan sahaja. Untuk menguji teori kami, subjek kawalan didedahkan kepada pengalam yang sama. Sering kali, eksperimen kami menunjukkan hasil yang positif - individu-individu ini menjadi pemimpin yang lebih sempurna. Setelah sekian lama, kami menyatukan semua data dari penyelidikan kami dan menamakannya Science of Building Leaders, ataupun dipendekkan kepada SOBL.

ellipse bg subject image
Membina Pemimpin di Setiap Peringkat Hidup

Scroll Unuk Lihat Lagi

Kepimpinan Asas

Bayi

Kanak-kanak

Remaja

Kepimpinan Berkembang

Kerja Pertama

Dah Lama Kerja, Bro

Pucuk Kepimpinan

Junior Manager

Manager Pertengahan

Manager Atasan & C-Suite

Kamu masih muda dan perlukan sokongan yang kukuh untuk memberi keyakinan dan keberanian kepada diri. Sokongan ini lazimnya datang dari ibu bapa, tetapi boleh datang dari sesiapa sahaja.

Ibu bapa adalah sistem sokongan hidup kamu. Kepercayaan kamu buat mereka memberanikan kamu untuk meneroka dunia.

Kamu menganggap ibu dan ayah sebagai contoh teladan untuk diikuti. Kamu juga mula membentuk kesedaran diri sebagai seorang individu yang unik.

Kebolehan kamu untuk memimpin diri sendiri akan diuji. Ada kalanya kamu berjaya dan juga gagal. Yang pentingnya, belajar dari kesilapan dan ambil iktibar.

Berdasarkan pengalaman sehingga kini, kamu mula mempersoal tujuan hidup kamu. Setelah kamu mengenal pasti tujuan itu, kamu mula menimba ilmu yang akan membantu kamu mencapai tujuan tersebut.

Kamu terjerumus ke dalam persekitaran yang baru, dan dikelilingi oleh muka-muka yang tak dikenali. Bolehkah kamu membuktikan diri di tanah asing ini?

Kamu sudah mula memainkan peranan pemimpin di tempat kerja. Kamu mempunyai tujuan yang lebih kukuh, dan tujuan ini memutuskan keputusan kamu.

Baik di rumah, tempat kerja atau komuniti, jelas bahawa kamu memikul tanggung jawab kepimpinan. Segala ilmu dan pengalaman pahit dan manis kini perlu dipraktikkan. Tujuan kamu bukanlah memberi arahan, tetapi untuk mendidik dan membesarkan generasi pemimpin seterusnya.

Kamu adalah contoh teladan buat para pekerja lain. Kamulah penghubung antara mereka dengan big bos di tingkat atas.

Kamu menyelia prestasi dan fungsi organisasi secara keseluruhan, dan menjadi perantara bagi pengurus junior dan senior dalam syarikat.

Kamu kini bertanggung jawab untuk kelangsungan organisasi yang kamu pimpin. Visi, misi dan pelan pembangunan syarikat, semuanya kamu yang perlu putuskan. Kamulah sumber inspirasi untuk semua orang.

Bolehkah sesuatu yang begitu subjektif seperti ‘kepimpinan’ diukur dengan tepat?
Tekan setiap empat komponen untuk melihat empat bahagian ini.

Kami telah membahagikan konsep kepimpinan kepada empat bahagian, iaitu Keperibadian, Ilmu Praktikal, Keusahawanan dan Kepimpinan.
Untuk menjadi pemimpin, kita mestilah mendalami kesemuanya.

Ilmu Praktikal

Memperdalam ilmu pengetahuan mengenai subjek/topik terperinci

Kepimpinan

Bolehkah kamu membuat keputusan yang terbaik berdasarkan situasi dan konteks?

Keusahawanan

Bolehkah kamu berfikir dan membuat keputusan seperti seorang usahawan?

Keperibadian

Kebolehan untuk mengenal pasti kelebihan dan kelemahan diri sendiri.

Science of Transforming Organisations
Click setiap komponen untuk penjelasan lanjut.

Kami sedar yang sekadar menolong individu berubah tidak cukup. Kita juga perlu mengubah persekitaran di sekeliling individu tersebut. Kalau individu boleh diibaratkan sebagai kuih, maka persekitaran adalah acuan yang membentuknya. Jika kita hendak membawa perubahan yang kekal, kita perlulah merancang untuk mengubah bukan saja pekerja, tetapi seluruh organisasi itu juga. Hasilnya, lahirlah Science of Transforming Organisations (SOTO) kami.

SOBL dan SOTO bagai isi dengan kuku. Untuk melahirkan pemimpin yang mantap, sesebuah organisasi itu perlu kuat. Untuk sesebuah organisasi itu kuat, pemimpin yang mantap diperlukan.

  • Struktur mempengaruhi tingkah laku
  • Proses tidak menyokong model perniagaan
  • Percanggahan antara proses dan budaya kerja
  • Budaya di tempat kerja
  • Pengalaman boleh menggalakkan budaya negatif
  • Budaya ditukar melalui ritual
  • Budaya yang dibentuk dengan aktif vs budaya pasif dari tradisi
  • Kesefahaman di seluruh organisasi
  • Adakah tujuan dan jangkaan difahami dengan jelas?
  • Adakah para pemimpin setuju dengan visi, misi dan matlamat penting?
  • Model perniagaan salah
  • Strategi dan pelaksanaan tidak betul
  • Produk/servis yang tidak memuaskan
  • Tiada penjanaan untuk masa depan
  • Kemunduran teknologi dan inovasi
soto image
soto image

Membangunkan Negara

Artikel, podcast dan video yang kami kongsi, semuanya adalah berdasarkan fahaman ini. Kami juga telah membahagikannya kepada aneka peranan yang diperoleh daripada SOBL dan SOTO. Tujuannya mudah: pastikan maklumat kami sampai ke pengguna yang betul.

Tak kira di mana anda berada dalam perjalanan anda menjadi seorang pemimpin, pasti ada bahan di sini yang relevan kepada situasi anda. Tak payah nak pergi cepat sangat. Lepak dulu bro.

5923

Artikel

Lihat Lagi

254

Podcast

Lihat Lagi

141

Video

Lihat Lagi

Untuk pengalaman terbaik, kami cadangkan anda mendaftar sebagai ahli Leaderonomics.com. Tapi kalau sudah puas dengan sekadar meneroka laman web kami, silakan meneroka lagi!

Daftar Sekarang